Isnin, 11 Mei 2009

TERIMA KASIH IBU....

Dah 2 hari tak menulis kerana kesibukan tugas. Dok siap fail/dokumen untuk pemantauan Anugerah Sekolah Cemerlang(ASC). Dah seminggu dah kami dok tunggu. Tak sampai-sampai. Tertanya-tanya juga ...jadi ka depa nak mai? Buat saspen saja. Namun, menulis, waima di atas kertas tisu sekalipun ia adalah suatu ketagihan. Memang seronok dapat menulis. Dapat lepaskan perasaan kita. Hilang stres.


Hari ini relaks sikit. Tak sibuk sangat. Mesyuarat tak ada. Tadi saya ke BSN. Sedang saya menunggu giliran, saya duduk bersebelahan dengan seorang Makcik. Mungkin sebaya dengan ibu saya. Di tangannya saya lihat ada tiga helai borang masuk duit. Saya cuba amati borang itu. Tetapi tidak jelas. Sesekali dia pandang saya...saya senyum. dia pun senyum, menampakkan seri wajahnya yang diputihi dengan bedak sejuk. Ekon yang kekadang terasa dingin itu menyemarakkan aroma tubuh badan makcik di sebelah saya - seperti wangian getah sekerap. Dalam hati,"mungkin makcik ni baru balik motong getah. Teka hati saya. Urat-urat daging tua jelas perpancar di tangannya. Mungkin terlalu letih dan kuat bekerja. Saya menyapa mesra, "Makcik mai dari mana?" Bukit Selambau, katanya, sambil senyum memandang ke arah saya.'Wah, banyak masuk duit, makcik!!! "Ooo...tidak juga, nak masuk ke akaun anak-anak makcik." Selamba saja. "Depa dok di mana?", saya semakin berminat untuk mengetahuinya. "Dok universiti. "Ni... baru 3 org . Dok lain-lain tempat pulak tu. Semakin mesra makcik tu dengan saya. "Wah sejuk perut makcik dpt anak masuk u., kan mak cik". . Aku cuba buat lawak. Tersenyum saja makcik tu. " Ya la...kau tengok ni, makcik bagi sama rata. 50 ringgit sorang. Adik beradik yang lain ada 3 lagi. Nak makan juga.Kadang tu, sebab nak sekolahkan anak-anak, nak bubuh minyak motor pun tak dan!!!!!, katanya dlm keadaan tatabahasa yang bercelaru. Saya faham., maksud makcik tu mungkin dia terpaksa berkorban demi menyekolahkan anak-anaknya.


Inilah hari-hari perit seorang ibu menyekolahkan anaknya. Saya dpt bayangkan kesengsaraan ibu dan bapak saya, seorang petani yang mengerjakan sawah sekangkang kera mencari sedikit rezeki utk menyekolahkan saya. Pernah sekali pak & mak dtg ke sekolah membawa buah limau bali ke asrama utk saya makan, tiada wang, tiada apa-apa yang dikirimkan (mujur saya dapat biasiswa, BKP).Hanya kerana utk melawat saya saja yang lama tidak pulang ke kampung.


Pada saya, adakalanya kesusahan dan kesengsaraan dpt mendorong semangat kita untuk berjaya. Syukur alhamdullillah, saya dpt masuk universiti. Dapat pulak biasiswa tajaan JPA. Mak dan bapak saya tidak perlu lagi keluarkan biaya. Mereka tidak perlu lagi "berpuasa" demi saya. Tanpa biasiswa itu, mungkin entah di mana saya sekarang. Petak sawah padi mana sekarang tempat saja berkubang. Terima kasih JPA. Inilah antara peranan DEB (Dasar Ekonomi Baru) membantu kaum bumiputera yang miskin seperti keluarga saya untuk sama-sama merasai kemajuan negara. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa/kaum lain yang telah berjaya.


Semasa saya hendak pulang, saya nampak makcik itu sedang berjalan kaki menuju ke tempat letak motosikal. Saya melintasinya sambil melambai tangan. Di ruang wajahnya terpahat kepuasan yang amat sangat terhadap apa yang dilakukan selama ini. Membesarkan dan menyekolahkan anak-anak.


Ayah dan ibu, engkaulah permulaan kami, dpt melihat bulan dan matahari. Terima kasih ibu atas segalanya.....SELAMAT HARI IBU!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan