Rabu, 20 Mei 2009

Anak....

Tadi pagi saya ke kantin. Minum. Sembang-sembang dengan rakan-rakan sementara tunggu masa nak masuk kelas. Topik ibu masih menjadi tajuk perbualan kami. Tiba-tiba seorang rakan bercerita bahawa dia rasa dalam hidupnya terlepas banyak perkara, terutamanya dengan keluarga, dengan anak-anak. Banyak perkara yang tidak sempat dilakukannya bersama anak-anak ketika mereka masih alam kanak-kanak,remaja dan dewasa. Bermain bersama-sama. Bergelak ketawa bersama-sama.Makan bersama-sama. Duduk bersama-sama mereka, Berbincang, berbicara tentang keperluan dan kehendak mereka pada masa itu dan macam-macam lagi lah... Kini masa telah berlalu. Anak-anak kian membesar. Tak lama lagi anak-anak akan meninggalkannya. Berkahwin dan berpindah rumah. Sayu rasanya bila teringatkan anak-anak, katanya. Saya tumpang simpati. Memanglah kita manusia kadang-kadang alpa hal-hal kekeluargaan dek asyik dengan alasan sibuk mencari rezeki. Tak sempat dan tak dan untuk memberi ruang dan peluang meluangkan masa dengan anak-anak. Melihat dan mendengar luahan hati mereka. Gelagat mereka. Kita kadangkala membiarkan mereka membesar begitu saja. Ikut arus zaman. Memang duit kupang kita bagi. Pakaian kita beli. Makan minum kita sedia. Beri kelas tuisyen. Hantar ke sana hantar ke sini. Tetapi sejauhmanakah kita telah memenuhi tugas kita sebagai seorang kepala keluarga.? Memenuhi keinginan mereka. Ingin dibelai. Dimanja. Sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kita, ibu bapa mereka. Teringat saya pada kata-kata seorang teman yang anaknya telah berkahwin. Katanya, hang tau..bila anak-anak aku kahwin dan dah berpindah rumah, rasa sayu, sunyi dan kosong saja hati aku. Tak taulah pasai apa. Kadang-kadang tu, bila aku tengok gambar depa masa kecik-kecik lagi sedih. Aku rasa banyak yang aku tak penuhi kehendak mereka. Kesian pulak aku. Kata teman saya tadi. Saya diam seketika. Patutlah, mak dok suruh balik ke kampung selalu. Bisik hati saya. Teringat kat mak di kampung. Setiap kali balik kampung, pasti mak sedia makan kegemaran saya. Begitulah sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Mungkin mak rindu kat saya seperti kawan saya rindu kat anaknya. Teringat pula saya pada pesanan seorang kawan, katanya...hang kalau ada mak pak lagi baik hang turut apa saja kehendak depa. Tumpang depa maasih hidup. Hang balik lah selalu jengok depa kat kampung. Jangan jadi macam aku. Walaupun dok dekat dengan depa, tapi aku jarang balik jengok depa. SIBUK memanjang alasan aku. La baru aku rasa nyesal bila depa dah tak ada. Aku rasa jiwa aku kosong. Hampa. Dak tak dak apa-apa dalam diri aku ni. Saya termenung seketika. Merenung anak bongsu yang menemani saya sudah terlelap nyenyak di lantai beralaskan lengannya di sisi. Mungkin tadi pagi dia asyik bermain dengan rakan-rakannya. Letih. Saya mengangkat anak untuk dibaringkan di atas katil. Hati saya menjadi sayu melihat naik-turunnya nafas anak saya yang nyenyak tidur itu. Terdetik di hati saya...sejauhmanakah aku telah memenuhi keinginan dan kemahuan anak aku ini....?

1 ulasan: