Rabu, 20 Mei 2009

Anak....

Tadi pagi saya ke kantin. Minum. Sembang-sembang dengan rakan-rakan sementara tunggu masa nak masuk kelas. Topik ibu masih menjadi tajuk perbualan kami. Tiba-tiba seorang rakan bercerita bahawa dia rasa dalam hidupnya terlepas banyak perkara, terutamanya dengan keluarga, dengan anak-anak. Banyak perkara yang tidak sempat dilakukannya bersama anak-anak ketika mereka masih alam kanak-kanak,remaja dan dewasa. Bermain bersama-sama. Bergelak ketawa bersama-sama.Makan bersama-sama. Duduk bersama-sama mereka, Berbincang, berbicara tentang keperluan dan kehendak mereka pada masa itu dan macam-macam lagi lah... Kini masa telah berlalu. Anak-anak kian membesar. Tak lama lagi anak-anak akan meninggalkannya. Berkahwin dan berpindah rumah. Sayu rasanya bila teringatkan anak-anak, katanya. Saya tumpang simpati. Memanglah kita manusia kadang-kadang alpa hal-hal kekeluargaan dek asyik dengan alasan sibuk mencari rezeki. Tak sempat dan tak dan untuk memberi ruang dan peluang meluangkan masa dengan anak-anak. Melihat dan mendengar luahan hati mereka. Gelagat mereka. Kita kadangkala membiarkan mereka membesar begitu saja. Ikut arus zaman. Memang duit kupang kita bagi. Pakaian kita beli. Makan minum kita sedia. Beri kelas tuisyen. Hantar ke sana hantar ke sini. Tetapi sejauhmanakah kita telah memenuhi tugas kita sebagai seorang kepala keluarga.? Memenuhi keinginan mereka. Ingin dibelai. Dimanja. Sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayang daripada kita, ibu bapa mereka. Teringat saya pada kata-kata seorang teman yang anaknya telah berkahwin. Katanya, hang tau..bila anak-anak aku kahwin dan dah berpindah rumah, rasa sayu, sunyi dan kosong saja hati aku. Tak taulah pasai apa. Kadang-kadang tu, bila aku tengok gambar depa masa kecik-kecik lagi sedih. Aku rasa banyak yang aku tak penuhi kehendak mereka. Kesian pulak aku. Kata teman saya tadi. Saya diam seketika. Patutlah, mak dok suruh balik ke kampung selalu. Bisik hati saya. Teringat kat mak di kampung. Setiap kali balik kampung, pasti mak sedia makan kegemaran saya. Begitulah sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Mungkin mak rindu kat saya seperti kawan saya rindu kat anaknya. Teringat pula saya pada pesanan seorang kawan, katanya...hang kalau ada mak pak lagi baik hang turut apa saja kehendak depa. Tumpang depa maasih hidup. Hang balik lah selalu jengok depa kat kampung. Jangan jadi macam aku. Walaupun dok dekat dengan depa, tapi aku jarang balik jengok depa. SIBUK memanjang alasan aku. La baru aku rasa nyesal bila depa dah tak ada. Aku rasa jiwa aku kosong. Hampa. Dak tak dak apa-apa dalam diri aku ni. Saya termenung seketika. Merenung anak bongsu yang menemani saya sudah terlelap nyenyak di lantai beralaskan lengannya di sisi. Mungkin tadi pagi dia asyik bermain dengan rakan-rakannya. Letih. Saya mengangkat anak untuk dibaringkan di atas katil. Hati saya menjadi sayu melihat naik-turunnya nafas anak saya yang nyenyak tidur itu. Terdetik di hati saya...sejauhmanakah aku telah memenuhi keinginan dan kemahuan anak aku ini....?

Isnin, 11 Mei 2009

TERIMA KASIH IBU....

Dah 2 hari tak menulis kerana kesibukan tugas. Dok siap fail/dokumen untuk pemantauan Anugerah Sekolah Cemerlang(ASC). Dah seminggu dah kami dok tunggu. Tak sampai-sampai. Tertanya-tanya juga ...jadi ka depa nak mai? Buat saspen saja. Namun, menulis, waima di atas kertas tisu sekalipun ia adalah suatu ketagihan. Memang seronok dapat menulis. Dapat lepaskan perasaan kita. Hilang stres.


Hari ini relaks sikit. Tak sibuk sangat. Mesyuarat tak ada. Tadi saya ke BSN. Sedang saya menunggu giliran, saya duduk bersebelahan dengan seorang Makcik. Mungkin sebaya dengan ibu saya. Di tangannya saya lihat ada tiga helai borang masuk duit. Saya cuba amati borang itu. Tetapi tidak jelas. Sesekali dia pandang saya...saya senyum. dia pun senyum, menampakkan seri wajahnya yang diputihi dengan bedak sejuk. Ekon yang kekadang terasa dingin itu menyemarakkan aroma tubuh badan makcik di sebelah saya - seperti wangian getah sekerap. Dalam hati,"mungkin makcik ni baru balik motong getah. Teka hati saya. Urat-urat daging tua jelas perpancar di tangannya. Mungkin terlalu letih dan kuat bekerja. Saya menyapa mesra, "Makcik mai dari mana?" Bukit Selambau, katanya, sambil senyum memandang ke arah saya.'Wah, banyak masuk duit, makcik!!! "Ooo...tidak juga, nak masuk ke akaun anak-anak makcik." Selamba saja. "Depa dok di mana?", saya semakin berminat untuk mengetahuinya. "Dok universiti. "Ni... baru 3 org . Dok lain-lain tempat pulak tu. Semakin mesra makcik tu dengan saya. "Wah sejuk perut makcik dpt anak masuk u., kan mak cik". . Aku cuba buat lawak. Tersenyum saja makcik tu. " Ya la...kau tengok ni, makcik bagi sama rata. 50 ringgit sorang. Adik beradik yang lain ada 3 lagi. Nak makan juga.Kadang tu, sebab nak sekolahkan anak-anak, nak bubuh minyak motor pun tak dan!!!!!, katanya dlm keadaan tatabahasa yang bercelaru. Saya faham., maksud makcik tu mungkin dia terpaksa berkorban demi menyekolahkan anak-anaknya.


Inilah hari-hari perit seorang ibu menyekolahkan anaknya. Saya dpt bayangkan kesengsaraan ibu dan bapak saya, seorang petani yang mengerjakan sawah sekangkang kera mencari sedikit rezeki utk menyekolahkan saya. Pernah sekali pak & mak dtg ke sekolah membawa buah limau bali ke asrama utk saya makan, tiada wang, tiada apa-apa yang dikirimkan (mujur saya dapat biasiswa, BKP).Hanya kerana utk melawat saya saja yang lama tidak pulang ke kampung.


Pada saya, adakalanya kesusahan dan kesengsaraan dpt mendorong semangat kita untuk berjaya. Syukur alhamdullillah, saya dpt masuk universiti. Dapat pulak biasiswa tajaan JPA. Mak dan bapak saya tidak perlu lagi keluarkan biaya. Mereka tidak perlu lagi "berpuasa" demi saya. Tanpa biasiswa itu, mungkin entah di mana saya sekarang. Petak sawah padi mana sekarang tempat saja berkubang. Terima kasih JPA. Inilah antara peranan DEB (Dasar Ekonomi Baru) membantu kaum bumiputera yang miskin seperti keluarga saya untuk sama-sama merasai kemajuan negara. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa/kaum lain yang telah berjaya.


Semasa saya hendak pulang, saya nampak makcik itu sedang berjalan kaki menuju ke tempat letak motosikal. Saya melintasinya sambil melambai tangan. Di ruang wajahnya terpahat kepuasan yang amat sangat terhadap apa yang dilakukan selama ini. Membesarkan dan menyekolahkan anak-anak.


Ayah dan ibu, engkaulah permulaan kami, dpt melihat bulan dan matahari. Terima kasih ibu atas segalanya.....SELAMAT HARI IBU!!!!

Jumaat, 8 Mei 2009

Renungan Di Pagi Jumaat

Pagi tadi saya pi sarapan kat kedai nasi kandar di Taman Ria Jaya. Di depan meja saya duduk, ada sekumpulan pemuda yang saya rasa... sebaya dengan usia saya. Bersembang asyik sekali. Mengata itu, mengata ini. Sesekali terdengar depa tergelak. Syok kot. Pada masa yang sama telinga saya terdengar seperti mereka sedang mengata dan menyalahkan seseorang. Mungkin Boss depa kot. Biar pi lah. Depa saja yang betui....

Begitulah lumrahnya dalam sesuatu organisasi. Mana ada orang yang semuanya berpuas hati dengan kita, terutama sekali dengan Boss yang banyak melontarkan idea merencana aktiviti organisasi. Apatah lagi bila sesuatu aktiviti yang dibuat itu depa rasa tidak mendatangkan kepentingan atau manfaat kepada diri mereka atau dianggap sebagai suatu beban. Mulalah...itu tak betui...itu tak kena. Dalam mesyuarat tak berani timbul. Semuanya terima.Yes!!!Yes!!!!


Bagi saya...menyalahkan dan menuding jari ke arah orang lain amat mudah dan senang dilakukan. Tetapi untuk menuding jari kepada kita sendiri, mengaku kesilapan diri, melihat kelemahan diri, tidak semua orang mampu dan mahu melakukannya. Memang kita berasa begitu puas dan lega apabila kita berjaya berbuat demikian (menyalahkan orang lain), namun jangan lupa sikap begini memakan diri. Akibatnya diri sendiri yang rugi kerana dalam jangka masa panjang kita akan hidup keseorangan dan kesepian. Kita akan dibenci dan disisihkan oleh rakan-rakan. Bukankah ada pepatah ada mengatakan bahawa'bisa ular tidak akan hilang walau menyusur di bawah akar' bermakna tidak rugi merendah diri dan juga mengaku kesalahan yang betul-betul kita lakukan. Dengan kata lain, memohon maaf atas kesalahan yang kita lakukan. Kita akan lebih dipandang tinggi dan dihormati dan juga yang paling penting disayangi. Oleh itu, apabila kita mula hendak 'menyerang' orang, berhenti dan berfikirlah sejenak -'kalau orang lain lakukan perkara yang sama terhadap aku apakah aku patut marah sedangkan aku pernah dan sering melakukan perkara yang sama terhadap orang lain.' Bukankah hidup ini ibarat roda yang berputar apa yang kita beri, itulah yang kita terima balik.


Dalam kes maaf memaaf ni, teringat saya pada suatu ceramah daripada Ustaz Dr. Fadzilah Kamsah yang pernah saya dengar. Katanya, natijah kepada sebuah kemaafan ialah

1. Hati kita menjadi bersih
2. Fikiran yang tenang
3. Penyembuhan penyakit
4. Wajah semakin cantik dan menawan
5. Doa menjadi lebih makbul
6. Pintu rezeki terbuka
7. Peningkatan produktiviti
8. Eratkan hubungan kemanusiaan
9. Peningkatan tenaga zahir dan batin
10. Keberkatan dan kebaikan yang melimpah ruah

So.., renung-renungkan......!!!!!

Khamis, 7 Mei 2009

INTEGRITI SEORANG GURU......!!!!

Baru-baru ni ada kawan saya balik dari kursus Induksi. Dia dok cerita tentang INTEGRITI. Kami pakat dengar saja lah. Semangat bukan main dia dok cerita. Maklumlah orang baru balik induksi. Tak dengar dia kata kami tak integriti pula. Kadang-kadang saya senyum saja bila dia dok cerita bab integriti tu. Tak pa la. Setidak-tidaknya dia dah mula faham tentang integriti.

Sebenarnya, integriti itu apa? Integriti yang pernah saya dengar dalam kursus-kursus yang saya pernah hadiri, banyak penceramah memberi makna menjurus kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu yang berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, seperti kita guru-guru ni dilihat sebagai satu tugas berat, amanah besar dan memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan sebagai landasan untuk mencari kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri bukan organisasi, menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah ( kalau dah jadi cikgu, kita kena fahamlah..bukan saja mengajar di dalam kelas, banyak lagi tugas yang kita kena buat. Jadi guru kokurikulum la, menganggotai jawatankuasa itu la..ini la, dan macam-macam lagi..Kalau tidak jangan jadi cikgu...pesan kat anak-anak no!!!) dan macam-macam lagi lah. Setiap guru mesti bekerja dengan jujur, tekun dan rajin serta berdedikasi di samping melayan murid-murid dengan penuh berertika dan berhemah. Pendek cerita, seorang guru itu kena jadi seperti sepohon pokok. Pokok memberi khidmat dan manfaat kepada semua. Contohnya, :
1. Pokok berbunga dan berbuah - dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan
2. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan biji benihnya
3. Unggas, haiwan bertenggek selesa di dahannya yang selamat
4. Akarnya membantu menyimpan air dan hakisan tanah
5. Rimbunan dedaunnya menjadi tempat berteduh

Begitulah pokok. Bertarung dengan angin, sang ribut yang semberono, tetapi angin dan ribut itu hilang dan kecewa dengan keutuhan pokok (umpama datang godaan, kita masih tak lut...iman kuat Bro..!!!). Pokok tetap berdiri teguh siang dan malam. Pokok tak pernah merungut. So, begitu teruk pun kerja kita, kita janganlah merungut. Buatlah kerja itu dengan ikhlas dan jujur. SIBUK? Semua orang sibuk. Jangan dok anggap kita saja yang sibuk. Apa yang penting pengurusan masa harian kita. Dah tua? atau dah lama buat sesuatu kerja yang diberikan? Tak mau buat kerja/tugasan yang diberikan? Lu fikirla sendiri...(pinjam sat kata-kata Si Nabil Raja Lawak tu..) Selagi tak pencen, selagi bergelar guru dan selagi kita masih dok makan gaji, makanye kita...kena buat kerja macam orang lain juga la. Macam guru-guru lain juga, tak kira guru tua (maaf guru lama) atau guru muda. Sama saja. Kalau "fed-up" jadi guru letak jawatan. Abis cerita. Tak menyusahkan orang lain.Kita dah matang. Fikirlah...itu adalah kerja buat kita. Kita yang pilih jadi guru. Jangan salahkan orang lain. Bidang inilah merupakan tapak yang kita pilih untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal buat anak isteri/suami/keluarga kita. Terimalah hakikatnya....So, janganlah dok merungut dan marilah sama-sama kita menjadi seorang guru yang BERINTEGRITI. "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...SELAMAT HARI GURU!!!!!!!

Isnin, 4 Mei 2009

CERITA PASAI UBAN

Setiap kali membelek rambut di depan cermin, tentu ramai yang tidak terlepas menyelak helaian demi helaian rambut untuk memastikan wujudkah rambut putih atau lebih dikenali sebagai uban. Malahan tidak kurang juga yang menjerit sebaik melihat helaian-helaian halus ini mula muncul di kepala. Dan sudah tentu terlintas di hati,"Eh...dah tua sangat ka aku ni?" Kali ni bukan saya nak cerita pasai umur @ usia dah semakin banyak angkanya. Tapi tentang UBAN. Depa kata...uban tanda dah tua @ orang tua@ berumur. Tapi tak la orang tua saja yang beruban. Ada juga orang muda.Macam kawan saya dulu, form 1 dah beruban. Dia kata, rambut dia keras. Pasai tu cepat tumbuh uban. Saya pernah dengar dulu...orang tua-tua dok kata, kalau kena ketik tebuan, cepatlah tumbuh uban. Tak tau betui atau tidak. Tapi mungkin betui juga, pasai saya dulu memang pernah kena ketik tebuan. Patut la ni tumbuh uban.(he..he..tak mengaku dah tua). Apa-apa pun biar pi lah. Itu teori masing-masing. Pernah saya dengar ceramah sorang ustaz semasa saya dok belajar dulu, dia kata : Ada 13 perkara yang ada pada seseorang tanda Allah sayang kat dia. Dia sebut satu persatu. Hingga nombor 11, dia kata orang itu ialah orang yang sentiasa menggembirakan hati ibunya sepanjang hayat ibunya, nombor 12, adalah orang yang rambutnya menjadi putih kerana usianya. Dan nombor 13, orang yang sentiasa berusaha menggembirakan orang lain, sekurang-kurangnya dengan senyuman....Emm...senangkan untuk buat Allah sayang kat kita. So..., orang yang beruban itu menunjukkan Allah sayang...Jangan dok mengeluh pula jika uban mula tumbuh. Atau dok suruh anak cabut atau dok bubuh cat kaler hitam atau perang pulak. Terima la hakikatnya.....
===================
Cerita pasai uban ni teringat pulak masa kecik-kecik dulu. Duduk sembang-sembang dengan keluarga selepas makan tengah hari, mak minta saya dan adik carikan uban di kepalanya. Mak kata, kalau sapa dapat selai mak bagi sekupang. Cari-cari dapatlah 30 helai. Campur saya dan adik. So, kami dapatlah RM3. Kira berbaloi la tu. Bahagi dua...boleh la sorang seringgit lima kupang. Lecehnya mak tak bayar 'cash'. Dia kata tunggu mengerat padi nanti. Tak pa la mak. Kami kira halal lah....

Baru ni balik kampung di Kodiang....

Malam tu...Pak baru balik dari masjid. Buka baju. Buka songkok sambil menggaru-garu kepalanya. "Awat gatai kepala tak tau." "Tolong tengok kepala Tok Wan sat. Awat yang gatai sangat ni? Kalau chek jumpa rambut yang worna putih tu, chek cabut, kata pak sambil membaringkan badannya di atas tilam yang sedia ada depan TV. Anak saya yang bongsu memang suka kerja-kerja macam tu. Ikut abah dia dulu-dulu kot. "Kalau dapat selai Tok Wan bayar sekupang, pujuk pak lagi. Saya tersenyum melihat gelagat pak dengan cucunya itu. Teringat peristiwa saya dengan mak dulu-dulu.

Saya.....uban dah semakin merimbun. Yang hitam semakin tenggelam. Nak cabut....Tak payah la. Biarkan. Kan itu tandanya Allah sayang......

Apabila Hujan Turun....

"Hujan yang turun bagaikan mutiara, bersama pedih bersama rindu..." itulah antara bait-bait lagu Hujan dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang masih saya ingat. Sayu rasanya. Apatah lagi jika hujan turun pada waktu lagu itu berkumandang. Tangkap nangis lagi....bro!!!! Tapi saya juga sering tertanya kenapa apabila hujan turun seringkali terdengar bebelan-bebelan dari orang-orang sekeliling kita. "Cuaca buruk saja akhir-akhir ni?" Soalnya kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Banyak antara kita yang mengeluh apabila hujan turun. "Iskk....tak kering la baju kalau asyik hujan saja". "Alahai...hujan lagi. Macamana nak pi erobik ni?" "Tiap-tiap hari hujan...nak buat apa-apa pun tak boleh". "Sah banjir la sat lagi"." Hujan lebat ni...tak boleh balik lagi lagu ni".Ini antara bebelan-bebelan yang sering kita dengar. Tambahan pula hujan diselangi guruh. Macam-macam bebelan lagi akan kedengaran."Apocot.." "Ooi.. mak..hang.." dan sebagainya. Terkejut. Latah.Takut pun ada. Tak kira kaum lelaki atau pompuan. Sama saja. Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA?. Hakikatnya, hujan itu rahmat dan kita juga patut bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Tetapi kenapa orang "bad-mood" bila hujan turun. Seolah-olah sinonim dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan. Ribut tidak, mendung tidak tiba-tiba masam saja. Choam tak tentu pasai.La ni hujan setiap hari. Mai la kita pakat berdoa agar hari ini lebih baik daripada semalam.

Sabtu, 2 Mei 2009

Mempertingkatkan Tahap Profesionalisme Keguruan SMK Ibrahim

1. Mengadakan Kursus / Latihan Dalam Perkhidmatan atau mengikuti kursus- kursus
anjuran PPD/JPN/KPM dan sebagainya
2. Menggalakkan guru-guru membuat penyelidikaan dan penulisan khususnya
Kajian Tindakan
3. Menggalakkan guru-guru ke arah perkembangan kendiri - boleh mempengaruhi
cara kerja guru
4. Sentiasa peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini -
sentiasa bersedia menerima perubahan sistem pendidikan dari semasa ke semasa
5. Melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat - membolehkan guru menyampaikan
banyak maklumat kepada pelajar

"MENCETUS IDEA MENJANA MINDA KE ARAH IBRAHIM NOMBOR SATU"

Rabu, 29 April 2009

KERJA KURSUS

Semua pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan mengambil PMR dan SPM sedang menjalankan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah bagi PMR dan Pendidikan Moral bagi pelajar yang mengambil SPM 2009. Tempoh pelaksanaan bermula dari bulan Februari 2009 hingga 30 Jun 2009. Sebarang tidaksiapan kerja-kerja kursus tersebut dalam tempoh yang ditetapkan akan menjejaskan markah keseluruhan pelajar bagi mata pelajaran berkenaan. Oleh itu, jika terdapat sebarang kemusykilan tentang kerja-kerja kursus tersebut, pelajar-pelajar bolehlah hubungi atau berjumpa terus guru-guru berkenaan secepat yang mungkin.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 pula, kerja kursus tentang kajian sejarah tempatan yang berkaitan dengan sejarah sekolah mula diadakan pada bulan Mei ini. Kerja kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi syarat 20% ujian akhir tahun bagi mata pelajaran sejarah KBSM. Sebarang keterangan lanjut, bolehlah hubungi Pn. Suriati Mohd Saad dan Pn. Noraziah Hashim.

PASCA PILIHANRAYA KECIL

Keputusan pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai di Sarawak telah memberikan hasil, kemenangan demokrasi ala-Malaysia. Ada bumbu yang mengenakkan dan ada sudu yang terlebih cedok. Sebagai rakyat Malaysia, pesta demokrasi ini adalah cerminan yang tak boleh disangkalkan : winner take all. Minoriti kena akur dengan keputusan pengundi. Ada rentetan yang sering ingin saya tuliskan, tetapi akhbar dan para blogger yang bergentayangan, boleh memberi opini dengan panjang lebar. Untuk apa membahas benda-benda yang dibincang yang tidak tahu kepala ekornya? Ke arah mana negara kita, bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin untuk memimpin rakyat, melaksanakan dasar. Semoga negaraku, negara kita semua menjadi tempat untuk kita hidup sampai ke hujung nyawa dengan aman damai. Itu saja harapan dari setiap rakyat kerdil seperti KITA.

Tabiat Buruk Perlu Dielak Jika Ingin Berjaya

Sikap negatif perlu dibuang jika kita ingin bina kerjaya mantap :
1. Menolak tugas
2. Suka tangguh kerja
3. Salah guna harta benda kerajaan
4. Suka bergosip dan berpuak-puak
5. Datang lewat ke pejabat/tempat kerja
6. Leka berniaga

MESYUARAT PANITIA SEJARAH & GEOGRAFI

Mesyuarat Panitia Sejarah & Panitia Geografi yang dijadualkan pada 29 April 2009 (Rabu) ditunda pada 5 Mei 2009 (Selasa) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum.

Kursus LDP Siri3/2009

Kursus LDP Siri 3/2009 peringkat SMK Ibrahim akan diadakan pada 23 Mei 2009 (Sabtu) jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Tajuk kursus ialah Jadual Spesifikasi Item yang akan disampaikan oleh Pensyarah daripada IPSAH Sungai Petani. Semua guru diwajibkan hadir.

MESYUARAT PANITIA

Mesyuarat panitia bidang kemanusiaan akan diadakan pada 30 April 2009. Semua ahli diminta hadir. Terima kasih.